Burung yang terbang adalah keajaiban yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis. Antaranya keunikan burung yang dikurniakan Allah :
1.Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
2.sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
3.Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
4.Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan kerantin.Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.
5.Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kalenjar minyak di ekornya.Ini menjadikan bulu burung kemas,berkilat,licin & kalis air.
6.semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (stemum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.
Surah al-nahl : 79
"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas.Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bg orang yang beriman ".